Monday 15 July 2013

RESIPI : KEK BUTTER CEMPEDAK












Assalamualaikum w.b.t..


Sihat semua?Lama sgt la kan nad dah tak menulis kt sini. Nad mmg buka blogger tegar. -_-' Takpela, lepas ni kena rajin-rajin lah. Sekarang dah masuk bulan mulia,bulan Ramadhan. Byk lah resipi2 yg telah dicuba, dieksperimen dan dinilai rasa oleh juri. Skng dah ada juri, suami nad la.hehe.. Kali ni nad nk share resipi kek pulak. Boleh buat la time raya nnt,tp takot bukan musim cempedak dah masa tu..huhu..

Mari kita cuba:

KEK BUTTER CEMPEDAK

Bahan-bahan:
125g butter
3/4 cwn gula kastor
2 biji telur
1/2 tspn esen vanilla
200g isi cempedak (nad xtimbg, agak2 je,kalo nk byk,korg buh je byk2, no hal)
2 cwn tepung gandum
1/2tspn serbuk penaik
1/2 cawan susu segar

Cara-cara:

  1. Panaskan oven kepada 170 C.
  2. Pukul butter dan gula hingga ringan dan berkrim,sila guna mixer.
  3. Tambahkan sebiji telur dalam satu masa, pukul rata setiap kali telur dimasukkan.
  4. Masukkan esen vanilla dan pukul rata.
  5. Part ni dah tak perlu pakai mixer-- gunakan spatula, masukkan tepung dan susu selang seli.Mulakan dan akhiri dgn tepung. Maksudnya, masukkan tepung dulu sket,pas tu susu,then tepung,susu smpaila hbs tepung tu. Setiap kali masukan tepung dan susu tu,kacau la ye.
  6. Pastu,masukkan isi cempedak td. Nad just potong sket2 je isi cempedak ni, tak guna blender sbb nnt halus sgt,so mkn pon takde feel la.hahaha..
  7. Kacau rata dan masukkan dan acuan yg telah disapu butter sket.
  8. Last, masukkan dalam oven selama 45 minit atau hingga masak.
Ini hasil akhir nad haritu, tp tak banyak sgt gmbor nye.Punyala makan sedap lupa nk snap byk2 gmbr.haha..
Enjoy:

Nampak tak isi cempedak tu?he..Kalo kita guna blender, tekstur cempedak tu xde la,


Tips:
Boleh juga gantikan cempedak tu dgn durian atau buah-buahan kegemaran korg. Tips tambahan--Jgn gatal buat siang hari di bulan puasa, bau dia mmg harum bila dah masuk oven.Sian jiran2 korg, sian lg org yg buat menahan tak sabar nk mkn kek ni!haha... Tp bau dia mmg menusuk kalbu jiwa dan raga! :P 


Love,


No comments:

Post a Comment

Lovelies comment: