Wednesday 6 March 2013

RESIPI: BAKED POTATO CASSEROLE

Assalamualaikum w.b.t

Mari kita main masak2 lagi harini. Nad nk share dgn korg satu resipi yg mudah & mengenyangkan. Ini masakan omputeh, tp sesuka hati modified sana sini.haha.. Nama resipi diberi 'Baked Potato Casserole'

Boleh dibuat breakfast,lunch dan dinner. Ini resipi utk org yg malas mcm saya tp nk mkn sedap ajo!hewhew.. MIL kata sdp sgt, sampai nk order bw ofis beliau. Owh,harapnya bukan sbb nk amik hati menantu dia sorg ni.kihkih.. Resipi senang,masa penyediaan pon kejap, pejam mata sbelah pon boleh buat. Mari kita lihat apa yg diperlukan:

Bahan-bahan:

1 cwn susu segar*
1 cwn cheese - cheddar cheese*
hirisan sosej
1 biji telur*
2/3 tepung gandum*
capsicum potong dadu
kentang yg sudah direbus-hiris sederhana nipis
bwg besar yg kuning tu-hiris dadu
serbuk lada hitam
garam

Cara-Cara:

  1. Campurakn bhn bertanda * dan pukul rata. Tak payah nk beriya sgt.hihi..pukul kasi rata ajo.
  2. Masukkan bhn yg slebihnya, kacau rata.
  3. Panaskan oven 200 darjah, tuang dalam bekas & bakar selama 20 min.
  4. Kalo korg rajin, taburkan cheese jenis mozarella pd bhgian plg atas dan sedikit mix herbs sbgai hiasan.Konon2 la nk bg lawo.ahah.. Pas tu bakar balik dlm 3-5 minit nk bagi chesse tu melting org kata. Wallah,dah siap!
Kasi tempek gambor sket mcm mana rupa casserole itu.heih..


bahan-bahan
sebelum dibakar

selepas dibakar!
 Selamat mencuba! ^_^



4 comments:

  1. kalau kentang tu ganti bahan lain boleh x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je.in shaa Allah.tp kentang tu ekceli nk bg casserole tu padat.hehe..

      Delete
    2. ooo..lg satu nak tny..tepung tu xpayah uli or kacau pakai mixer yer?just kacau pakai sudu je eh..

      Delete

Lovelies comment: